Posts

Showing posts from January, 2019

Al-Imran Ayat 97

4.3.97 Juz: 4 ,Surah: 3 . Surah 3, Ayat 97:   Ringkasan tafsir; Ayat ini menjelaskan 2 perkara yang penting tentang Kaabah. 1. Ada 4 kelebihan tentang Baitullah, iaitu 1.1. Tempat yang berkat. 1.2. Tempat memancar sebagai petunjuk keseluruh Alam. 1.3. Disana ada beberapa tanda yang jelas; 1.3.1. Ada makam Ibrahim. 1.3.2. Ada tapak kaki Nabi Ibrahim pada batu. 1.3.3. Ada hajaraswad. 1.3.4. Multazam tembok Kaabah antara hajar aswad dan pintu Kaabah. 1.3.5. Perigi Zamzam. 1.3.6. dan Masyaril haram. 1.4. Sesiapa memasuki Makkah dijamin keamanan. 2. Allah mewajbkan manusia mengerjakan haji bagi mereka yang “berkuasa” berupaya menjalankan ibadah Haji. Adapun perkataan “kuasa” itu ialah bagi mereka yang berupaya untuk menunaikan Haji, dan hendaklah; 2.1. sihat tubuh badan. 2.2. tidak khuatir kepada musuh dan binatang buas. 2.3. cukup wang untuk perbekalan dalam perjalanan. 2.3.  menyediakan bekalan kepada tanggungan yang ditinggalkan selama masa perjalan